Wednesday, December 8, 2010

AHLI JAWATANKUASA PUTERI BAHAGIAN SIMPANG RENGGAM



Pengerusi Tetap
Roziah Binti Maslar


Timbalan Pengerusi Tetap
Hamimah Binti Jamaludin


Ketua Puteri
Sapilah Binti Hashim


Naib Ketua Puteri
Kartina Binti Yacob


Penolong Setiausaha
Suzieyani Binti Ahmad


Suziana Binti Hj Surotho


AHLI JAWATANKUASA






Norzaelina Binti Onn

Norfaseha Binti A. Rahim



Suzana Binti Salleh

Norhanim Binti Tumin



Faradila Binti Hasnan

   Juliza Adlizan Binti Amer



      Mahidawati Binti Marzuki

Salina Binti Selamat



Salmah Binti Wasipah

Siti hayati Binti Sukarjo



Maslinda Binti Ali

Ros Binti Muhamad



Noraihan Satilah Binti Ahmad

  Norita Binti A. Tahir

AKTIVITI-AKTIVITI PERGERAKAN PUTERI UMNO


Lepas semuanya selesai.. tqvvm kat semua yg terlibat secara langsung or x langsung didlm menjayakan ptandingan bolajaring 3on3. Terutama kpd YB Tn. Hj. Onn bin Md. Yassin (ADUN Lyg2), Tn. Pengurus Felda Lyg2, Penduduk Felda Lyg2 n yg teristimewa buat aadik-adik pu3 Bahagian (urusetia) seha rahim, nano toyen, karl tina,suziyani samad, ayg, mahida, liza, aslinda rosdi, jun, narti, farah, anim, ita,salina dan  sue zana. Terasa hepi sgt berkerja dgn u all..




Setelah selesai majlis. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini yang diadakan pada 14 Mac 2010 Jam 8.00 pg.



Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran PPU3 UMNO Bhg Spg. Renggam








Sambungan daripada Program Pu3 Dekat Dihati bertarikh 28.03.2010 dan 11.04.2010. Minggu ni merupakan minggu terakhir Program Pu3 Dekat Dihati. Rakan-rakan serta adik-adik Pu3 boleh lah lihat gambar-gambar yg sempat k.ila amik smasa program terakhir. 2 tempat je yg sempat k.ila pergi.Matlamat program untuk mngumpulkan ahli-ahli pu3 diperingkat cawangan telahpun terlaksana. Begitu juga penambahan keahlian.
 Tahniah buat adik-adik pu3 cawangan dan pu3 bahagian. Tqvvm diatas segala kerjasama yg telah diberikan terutama kpd Naib Ketua Pu3 Bahagian. (Pn. Kartina), barisan pegawai serta AJK Pu3 bhg yg telah dpt melapangkan masa disetiap minggu semasa program ini berjalan. Budi baik anda semua tak dapat k.ila nak balas n hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Tqvvm juga kpd UMNO cawangan, wanita, pemuda dan pu3 cawangan yang telah bersama2 mnjayakan pgram ni. Semoga program ini akan berterusan pada tahun-tahun akan dtg. Wasalam.. 


Program kebajikan Bersama PDRM.


Program Bersama Rakyat  (Y.B Liang Teck Meng)


Majlis Penutup Sukan Komuniti Dun Layang-layang



Hari pertama Karnival Futsal 1 Belia 1 Malaysia (Pertandingan Futsal Beliawanis)


Hari Kedua Program




 Kempen mengibarkan Jalur Gemilang


Karnival Futsal 1 Belia 1 Malaysia dan kempen Kibar Jalur Gemilang....





Jalinan Kasih Sesuci Ramadhan 14/8/2010 - Perkarangan Surau Kg. Md. Amin. Gotong royong menyediakan bubur lambuk.






Alhamdulilah program kemuncak dari minggu pertama sehingga la minggu terakhir bulan Ramadhan telahpun selamat disempurnakan. Bg minggu terakhir Pu3 Bhg Spg Renggam telah membawa anak2 yatim dr palimen spg. renggam pergi membeli belah persiapan berhari raya di Kluang Mall dan seterusnya majlis berbuka puasa di ADZ Cafe Machap. Di ADZ Cafe majlis diteruskan dengan penyampaian hamper, barangan runcit serta duit raya kpd adik2 yg terlibat.








Marhaban bermula pada 18/9/2010. Bermula drp rumah YBhg. Ketua Wanita Bhg kemudian kerumah YB. Datuk Ketua UMNO Bhg dan diikuti rumah YB Tim. Ketua UMNO Bhg.





Majlis Rumah Terbuka pu3 Simpang renggam (Meraikan Anak yatim Program Jalinan Kasih 2007-2010)


Thursday, December 2, 2010

SEJARAH PENUBUHAN PUTERI UMNO



Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.


Cadangan penubuhan Puteri UMNO ini diputuskan oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai 2000. Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya menubuhkan Puteri UMNO bagi memenuhi keperluan golongan wanita muda yang berminat menyertai parti itu.

Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

 

Pada 20 hingga 23 Jun 2001 adalah julung kali Perhimpunan Agung UMNO menerima ‘tetamu baru’ apabila 25 pemimpin Puteri menyertai perhimpunan tersebut. Biarpun bertaraf pemerhati, delegasi Puteri yang menyertai perhimpunan itu mendapat perhatian banyak pihak terutamanya media dan pemimpin tertinggi parti. Paling membanggakan apabila Ketua Puteri , Azalina Othman Said berucap pada hari kedua perhimpunan tersebut iaitu 22 jun 2001. Dengan suara lantang penuh sopan, beliau menyuarakan segala cita-cita Puteri dan arah tuju Puteri dalam usaha berjuang bersama pemimpin lain. Beliau juga menjelaskan bahawa perjuangan Puteri adalah selari dengan sayap UMNO yang lain cuma pendekatan yang sedikit berbeza dilakukan bagi disesuaikan dengan sasaran. Perhimpunan ini juga adalah kesempatan kepada pemimpin Puteri untuk beramah mesra dan mengenali sekian ramai ahli UMNO yang menyertai perhimpunan tersebut sama ada sebagai perwakilan atau pemerhati. Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini dua pemimpin Puteri telah ditemuramah oleh RTM dan disiarkan secara langsung oleh RTM. Ketua Penerangan Puteri, Mastina Abdul Hamid diundang bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bersama Exco Pergerakan Wanita UMNO Dr. Noraesah Mohamad dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Adham Baba. Manakala, Exco Perhubungan Media, Siti Rohayah Attan juga ditemuramah secara langsung oleh RTM bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Azimi Daim bagi membincangkan soal globalisasi.
  

VISI

 

Memastikan setiap wanita Melayu muda berumur 18 – 35 tahun menyertai Puteri UMNO dan mempertingkatkan jati diri mereka demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

MANIFESTO


* Puteri UMNO sebagai landasan untuk wanita Melayu muda untuk melibatkan
  diri secara aktif di dalam politik.
* Puteri UMNO bertindak untuk mencungkil, memupuk dan menyerlahkan identity
  wanita Melayu muda tanpa diskriminasi.
* Puteri UMNO sebagai identiti generasi wanita Melayu muda yang cemerlang
* Puteri UMNO sebagai gelanggang untuk mencungkil dan menggilap potensi  
  kepimpinan wanita Melayu muda
* Untuk menerapkan nilai-nilai positif sejagat dan meningkatkan kebolehan,
  keyakinan dan jati diri seseorang wanita
* Bertindak sebagai ‘check and balance’ / pemantau di dalam UMNO dan
  masyarakat
* Berperanan untuk membantu UMNO di dalam semua pilihanraya dan
  meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia.
  

IKRAR PUTERI

 

Kami Puteri UMNO berikrar:
Kamilah Puteri Pejuang
Besatu berpadu menempuh halangan
Puteri prihatin harapan bangsa
Berjuang mempertahan pertiwi merdeka

Kamilah Puteri Tiang Negara
Pemangkin aspirasi wanita muda
Tanpa diskriminasi antara kita
Niat kian ikhlas pengukuh jiwa

Kamilah Puteri Pewaris Bangsa
Pemelihara agama juga budaya
Berilmu, beramanah, telus dan setia
Bertanggungjawab berhati mulia

Kami memohon pada Yang Satu
Agar perjuangan mendapat restu
Ayuhlah mara Puteri UMNO ku
Ke mercu kecemerlangan yang kita tuju

LAGU PUTERI

 

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
PUTERI UMNO terus mara

Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa

PUTERI UMNO akan tetap setia
PUTERI UMNO akan terus mara